BERETIKA : SATU KEPERLUAN BAGI INDIVIDU YANG MAHU BERJAYA APA JUA BIDANG YANG DICABURI Mukadimah
Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang sekalipun memerlukan seseorang itu mempuyai berberapa ciri seperti ikhas, jujur, amanah, berwawasan , berdisiplin dan banyak lagi. Dalam penulisan yang ringkas ini saya akan membincangkan satu ciri yang perlu ada bagi yang orang ingin berjaya iaitu beretika.Etika bermaksud satu piawai yang rasmi atau peraturan mengenai perangai atau tabiat yang betul dan bersopan atau beradab dalam masyarakat atau dikalangan ahli sesuatu pekerjaan, baik ia berkerja sendiri, swasta atau kerajaan.
Oleh itu dalam bahasa yang sungguh mudah difahami orang yang beretika mestilah mempunyai cirri-ciri berikut seperti yang tertera dibawah ini;
i. Mengikut peraturan yang betul di tempat kerja atau di dalam mana-mana Organisasi atau badan berkanun.
ii. Mempamirkan, memperlihatkan perlakuan yang beradab (tatatusila) dan tidak menyalahi normal setempat.
iii. Berakhlak mulia bagi memenuhi piawai sesebuah organisasi,badan berkanun.
Bagaimana melahirkan individu yang beretika Saya ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil bagi membentuk individu yang beretika;
Ø Ikhlas dengan Allah dan sentiasa memohon pertolonganNya dalam memperbaiki diri
Ø Memahami dengan mendalam peraturan organisasi yang diangotainya
Ø Jangan menganggap beretika hanya tuntutan yang dipaksa kerana undang-undang atau peraturan organisasi atau badan berkanun
Ø Melatih diri dengan tulus ikhlas megamalkan perlakuan yang beretika
Ø Jika perlu tingkatkan komitmen secara berperingkat-peringkat
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N 28 Sindumin in P178 Sipitang. Prior to becoming ADUN I am involved in business dealing with clothings under the name of BILQIS BOUTIQUE at Center Point and Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.